Tentang Kami

Mempunyai pasangan yang mempunyai masalah diabetis, saya dapat menyaksikan usaha yang diambil oleh suami untuk mengatasi komplikasi diabetis terutama untuk mengekalkan kecerdasan badan.  Dalam era kehidupan yang banyak cabaran, asset utama iaitu kesihatan tubuh badan amat lah penting. Dengan urusan harian, 24 jam bagaikan tidak mencukupi untuk menyiapkan tugas baik dirumah mahu pun pejabat. Bukan sahaja pengurusan masa perlu diambil kira, malah pengurusan tenaga dan kesihatan,

Apa guna ada banyak masa tetapi badan kita tidak dapat mengejar tuntutan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Baik tuntuntan DUNIA mahupun AKHIRAT.

Maka amat penting untuk kita mengambil tahu tahap kesihatan kita secara berkala. Jangan abaikan pemeriksaan kesihatan , pastikan makan dengan cara yang terkawal dan minum air yang secukupnya setiap hari. Lakukan senaman ikut kemampuan. Biar sedikit tetapi berterusan.

Kita perlu selalu tambah ILMU untuk ambil tahu tentang jenis-jenis penyakit dan bagaimana cara mengelaknya. Tahukah ANDA penyakit arteri koronori – PENYAKIT JANTUNG adalah pembunuh no 1 di Malaysia….dan juga di DUNIA. Dan antara punca UTAMA adalah KOLESTEROL.Penting untuk kita ambil tahu supaya kita dapat ambil langkah awal untuk mengubah dan meningkatkan kualiti kehidupan. Bukan untuk DIRI KITA juga untuk YANG TERSAYANG.

Saya dahulu juga kurang TAHU, tapi sejak anak saya yang baru berumur 20 tahun terkena gejala “mild stroke”, terus KESEDARAN saya MEROKET. Maka saya BERTINDAK untuk kongsikan kepada semua untuk “AWARENESS”. Penyakit tidak mengira UMUR dan MASA.

Kebanyakan penyakit berpunca dari MAKANAN. Bercerita pula pasal MAKANAN,bukan mudah nak ubah gaya pemakanan – termasuklah saya. Apatah lagi Malaysia merupakan syurga makanan. Tetapi berita baiknya , TABIAT BARU BOLEH DICIPTA. Hanya perlukan SATU NIAT YANG BAIK , KEAZAMAN dan KECEKALAN.

Saya pernah dinasihatkan doktor untuk turunkan berat badan kerana bacaan kolesterol tidak baik semasa “medical check-up”. Alhamdulillah, saya ubah gaya pemakanan dan berjaya turun 10kg dalam masa 4 bulan.

Selain info kesihatan yang bermanfaat sebagai pengetahuan am, inshallah saya akan kongsi kan juga dengan anda TIPs gaya pemakanan yang saya sendiri telah amalkan dalam BLOG saya ini. Dan jangan lupa SHARE kan dengan rakan-rakan anda sekiranya anda dapati informasi itu bermanfaat dan mungkin dapat membantu mereka.

Sedia maklum, MATI ITU PASTI. Ia diluar kawalan kita. Namun PERCAYALAH, setiap USAHA dan LANGKAH yang kita ambil untuk MENJADI kan DIRI LEBIH BAIK pasti akan MENDAPAT GANJARAN. Kerana ALLAH telah berjanji, setiap KEBAIKAN yang dilakukan pasti dibalas dengan KEBAIKAN. So, inshallah..JUST DO IT.

Hend Jaffar / Kak Hend
Nuherba.com