RESEPI KURANG KOLESTEROL 2 – SIAKAP KENGSOM LOCKDOWN

Assalam Semua,

Hari ini saya nak share lagi satu resepi “eat clean” yang boleh membantu mengawal paras kolesterol . Ianya simple tanpa menggunakan minyak , tak perlu tumis-tumis, rebus-rebus sahaja.  Sangat-sangat mudah disediakan iaitu Siakap Kengsom Lockdown namanya.

Kenapalah saya panggil nama resepi ni “Siakap Kengsom Lockdown”. Nak tahu kenapa? Sebabnya saya masak ni semasa Malaysia masuk minggu ke-3 PKP Covid-19 , iaitu pada awal April 2020. Ada bahan yang tak cukup iaitu nenas dan kangkung, dan saya tak pergi ke kedai untuk membeli, masak apa yang ada sahaja. Itu pun sudah menyelerakan, Alhamdulillah.

Resepi ini boleh dimakan dengan nasi putih atau barli. 
Di sini saya kongsikan resepinya!

Siakap Kengsom

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung (optional)
2 batang serai di ketuk
1 biji limau nipis
Garam dan Gula

Bahan kisar:
3 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup atau kunyit serbuk
Sedikit belacan

Cara cara:
Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Masukkan nenas dan serai. Biar mendidih seketika sebelum dimasukkan ikan. Bila ikan masak perisakan dgn garam dan gula.

Tutup api dan masukkan kangkung supaya kangkung tidak terlalu layu. Perahkan limau nipis dan kacau rata.

Selamat Mencuba!

Puan Hend
Nuherba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × five =