RESEPI KURANG KOLESTEROL 1-QUINOA DAN TOMYAM SEAFOOD

Salam Semua, Apa Khabar? Harap semuanya sihat sejahtera.

Hari ini saya makan lunch kurang kolesterol yang sangat simple iaitu Quinoa dan Tomyam Putih Seafood. Ia adalah satu pilihan menu yang sihat tidak menggunakan minyak masak.

Di sini saya kongsikan resepinya. Jom kita cuba.

QUINOA DAN TOMYAM PUTIH SEAFOOD
————————————————————-

CARA MASAK QUINOA
1 Cawan QUINOA + 3 Cawan air (Masak seperti masak nasi)

TOMYAM SEAFOOD
10 ekor udang
5 ekor sotong (dipotong)
1 biji limau nipis untuk perahan
2 batang serai dititik
1/2 biji bawang dihiris
1/2 inci Lengkuas (jangan banyak nanti pahit)
3 helai daun limau purut
1-2 biji cili api
1/2 biji tomato
Air secukupnya- Air putih biasa (atau air basuhan beras)
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA
Didihkan air, masukkan udang dan sotong.
Masukkan lengkuas, serai, bawang besar, daun limau purut, cili api.
Masukkan sedikit garam dan air perahan limau nipis.
Akhir sekali masukkan tomato

(Hidangan untuk 2 orang)

Semuanya hanya rebus sahaja kan. Mudah dan cepat disediakan.

Penyediaan hidangan yang betul adalah penting sekiranya anda sedang berusaha dan fokus untuk menurunkan paras kolesterol serta berat badan.

Saya tak jamin rasanya sehebat Restoran Thai – ini faktor yang kurang penting sekiranya fokus anda adalah untuk tubuh badan mendapat khasiat yang betul .

Simpan dahulu hasrat makan Tomyam Thai Sebenar dihujung perjalanan anda setelah anda berjaya capai objektif kurang kolesterol atau turunkan berat badan.

Boleh tak macam tu? 🙂 . Selamat mencuba. 

Puan Hend
Nuherba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × two =