KOLESTEROL PUNCA SAYA TURUN BERAT BADAN

      No Comments on KOLESTEROL PUNCA SAYA TURUN BERAT BADAN

Sebelum ini saya pernah kongsikan dalam laman web saya bahawa saya pernah berjaya menurunkan  berat badan sebanyak 10kg hanya dengan menjaga pemakanan. Hari ini saya nak kongsikan dengan anda apa yang menjadi punca saya nak turunkan berat badan.

Asalnya pada awal 2018 saya pergi medical check-up , dan bila dapat keputusan , doktor beritahu  bacaan gula dan kolesterol tidak berapa baik. Jadi doktor nasihat kalau nak kurang kan masalah sebegini cuba turunkan saja berat badan , sekurang-kurangnya 10%. Pada masa ini berat saya 70kg , so saya kena turun dalam 7kg.

Yang betul-betul buat saya serius nak turun berat badan itu sebab saya bimbang kena diabetis. Sebab suami saya ada masalah diabetis dan saya tahu macamana sukarnya untuk kawal tahap kesihatan kena sentiasa makan ubat atau cucuk insulin dan saya tidak mahu jadi sebegitu.

Pertemuan saya dengan doktor pada hari tu memang benar-benar buat saya ambil tindakan. Jadi saya pun cari di internet cara-cara turun berat badan dan Alhamdulillah terjumpa satu program Coaching Online dan saya ambil keputusan nak sertai program tersebut.

Saya pernah cuba turun berat sendiri, hanya Google maklumat dan terikut-ikut rakan tapi tidak menjadi, sebaiknya biarlah saya cari Guru yang boleh bimbing saya. Saya mulakan program tersebut semasa harijadi saya iaitu pada  6 Mei 2018. Saya menganggap ini sebagai hadiah hari jadi saya. Hari jadi pertama seumur hidup tak makan kek.

Dalam program kami diajar tentang tabiat pemakanan yang betul, pemilihan groceries, resepi Healthy Meal dan tentang kepentingan makro dan mikro nutrisi dan kita kena komited dengan perancangan menu atau Coaching Plan yang telah disediakan.  80% berkaitan penjagaan pemakanan.

Selepas melalui 4 bulan yang mencabar –proses penurunan berat badan saya itu saya melalui bulan biasa yang banyak undangan majlis perkahwinan, bulan puasa pula berbuka di masjid, bulan Syawal yang banyak open house sana sini – bak kata setiap bulan itu ada cabarannya tersendiri dan berkat disiplin dan bimbingan Coach akhirnya saya berjaya turun 10kg. Dan pada medical check-up seterusnya bacaan gula dan kolesterol saya bertambah baik.

Alhamdulillah semua ilmu saya pelajari dan amalan yang diterapkan dalam program sangatlah berharga dan akan jadi panduan untuk saya dan keluarga untuk seumur hidup. Dan yang paling menggembirakan saya dapat bantu rakan-rakan saya juga.

Sebenarnya tiada yang mustahil jika ada ilmu dan tindakan. Tetapi tindakan haruslah berdasarkan ilmu yang betul, dan sebaik penunjuk jalan adalah Guru.

Berita baik untuk pelanggan dan bakal pelanggan Nuherba, saya akan hadiahkan Percuma Basic Coaching untuk seminggu dengan target untuk turun 1kg. Apa, 1 kg sahaja? Iya 1 kg. Sekiranya anda sudah berjaya dengan 1kg, anda ulang sahaja kejayaan itu berkali-kali sehingga capai target anda. Senang kan? Masih dalam proses pembikinan, bila sudah siap saya maklumkan.

Anda nak saya bantu anda ? Sekiranya anda nak turunkan berat badan, kerana kolesterol tinggi, atau sebab sakit lutut, masalah diabetis pendek cerita  demi kesihatan atau apa sahaja niat anda -demi diri dan keluarga,  asalkan demi kebaikan anda boleh hubungi saya di admin@nuherba.com atau tinggalkan komen di blog ini. Terima Kasih !

Kak Hend
Nuherba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × three =