Ketahui 7 jenis lapar – jaga makan,nanti kolesterol naik!

Ketahui 7 jenis lapar , jangan tertipu , anda mungkin sebenarnya tak lapar.
Tapi tabiat suka makan menyebabkan anda nak makan tak henti-henti.



  1. Lapar kerana perut memang lapar
    Ini lapar kerana memang dah sampai waktu makan. Contoh kalau dah tengah hari lapar, memang logik lah, sebab memang dah sampai waktu makan tengah hari. Lapar antara waktu makan tu dipanggil “craving”.
  2. Lapar kerana stress
    Bila seseorang itu stress, hormon cortisol akan dirembeskan di mana ia menyebabkan rasa lapar. Makan adalah sesuatu yang membuatkan kita gembira dan kadangkala kita respon kepada nak makan masa stress sebab nak gembira dan hilangkan kerisauan. Sebaiknya focus kepada penyelesaian masalah.
  3. Lapar disebabkan sindorm pre-Haid (PMS)
    Perubahan hormon
    berkaitan dengan kitaran haid boleh menyebabkan wanita rasa lebih lapar dan perubahan mood semasa haid boleh menyebabkan wanita teringin nak makan makanan yang tinggi karbohidrat dan gula. Yang penting anda tahu fakta ini supaya tak terikut-terikut cadangan dari otak yang suruh kita makan tu. Biar kita yang mengawal.
  4. Lapar ketika sedang asyik menonton TV
    Ini disebabkan tabiat. BIla kita dah selalu buat benda yang sama, minda pun asyik mengingatkan – bila depan TV mesti kena makan. Sebenarnya tak perlu, kalau anda sebenarnya sudah pun makan sebelum tengok TV, tak perlu lah makan lagi.
  5. Lapar selepas makan makanan yang tinggi karbohidrat dan tinggi kalori Ini memang benar, bila kita makan makanan tinggi karbohidrat, apa lagi kalau ketika sarapan, ia akan menyebabkan anda rasa lebih lapar sepanjang hari. Sebaik-baik sajian sarapan adalah yang tinggi protein.
  6. Lapar kerana melihat perluang makan secara percuma
    Anda sudah makan , tapi ada kawan kawan meja sebelah anda di pejabat tawarkan kerepek, kuih raya , french fries, kopi mahal dan anda pun makan sebab budaya kita tak boleh menolak, takut orang kecil hati. Boleh saja katakan tidak, lama-lama kawan faham lifestyle anda.
  7. Otak bingung antara lapar dan haus
    Bahagian otak
    kita yang mengawal lapar dan haus berada di tempat yang sama. Dan signal yang diterima dari badan kadang-kadang boleh buat otak bingung. Padahal badan anda kurang air, tapi signal yang dihantar kepada anda adalah signal “lapar” dan anda pun follow. Biasakan makan berjadual.CARA MENGATASI LASA LAPAR YANG TAK MENENTU

    Cara nak mengatasi , mudah sahaja. Biasakan makan berjadual, jadi kalau tiba-tiba rasa lapar, anda tahu samada anda patut makan atau minum. Anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan :JADUAL MAKAN & MINUM AIR PUTIH SIMPLE FOR BEGINNERS
    Konsep perlaksanaannya mudah sahaja :
    1) Makan ikut masa yang ditetakpan
    2) Antara waktu makan , minum air putih sahaja.SARAPAN – 8.30 AM
    <<< minum air putih >>>
    SNACKING – 10.00AM
    <<< minum air putih >>>
    MAKAN TENGAHARI – 12.30 TENGAH HARI
    <<< minum air putih >>>
    SNACKING – 5.00PM
    <<< minum air putih >>>
    MAKAN MALAM – 7–8pm
    <<< minum air putih >>>

    Ha, sekarang anda sudah tahu jenis-jenis lapar. Yang anda perlu faham, badan anda benar-benar lapar atau saja suka-suka nak makan. Dengan pengetahuan ini anda dapat mengawal bilangan makanan dan kalori yang masuk ke dalam badan.

    Dengan cara ini boleh kekalkan berat badan (turun berat badan pun boleh, anda cuba seminggu)  dan dapat elakkan masalah kolesterol tinggi.  Selamat mencuba!

    Puan Hend
    Nuherba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − fourteen =