COVID-19 STAY AT HOME-TIPS MAKAN BERJADUAL

Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia, selain penutupan premis perniagaan, pejabat kerajaan dan sektor swasta yang terpilih, rakyat Malaysia disarankan untuk duduk di rumah atau “Stay at Home” dan keluar hanya bila perlu. Ia berkuatkuasa antara 18 Mac – 31 Mac 2020.

Sempena “Stay at Home” berjalan baru 2 hari, ahli keluarga ,anak-anak ramai berada di rumah,dan sudah mula terdengar keluhan ibu-ibu yang nampaknya asyik terpaksa meluangkan banyak masa di dapur sebab anak-anak kerap lapar. Ada yang meluahkan perasaan di Facebook dan group-group whatsap.

Lebih mencabar bagi ibu bapa yang perlu Work From Home. Sedang bekerja dirumah tapi kena fikir pula apa nak masak dan kena memasak! Belum lagi urusan tugasan rumah yang lain dan melayan kerenah anak-anak.

Semua kenalah faham “Cuti” kali ni bukanlah untuk “bersuka-ria”.  Kita kena bersedia untuk sebarang kemungkinan yang tak dijangka. Maka amatlah penting untuk mengingatkan ahli keluarga :

1. Kepentingan berjimat cermat
2. Makan mengikut jadual / MAKAN BERJADUAL
3. Ini bukan masa untuk duduk dirumah dan makan sedap-sedap. Masak simple, makan sahaja apa yang ada dan bersyukur.

Pada 2018 saya berjaya turun 10kg kerana tukar TABIAT MAKAN iaitu antaranya ialah dengan MAKAN BERJADUAL.

Berikut adalah 5 MANFAAT MAKAN BERJADUAL (dari pengalaman SAYA sendiri) :

1. Fikiran akan lebih fokus untuk melakukan aktiviti
2. Anda tidak memikirkan tentang makanan sepanjang hari.
3. Berat badan maintain
4. Boleh turun berat badan kalau cukupkan 3L air sehari dengan minum air antara waktu makan.
5. Menjimatkan kerana menu dan masa makan dirancang.

Berikut adalah panduan untuk anda.

TIPS MAKAN BERJADUAL SIMPLE FOR BEGINNERS

8am-9am Sarapan
10am Snacking
12.30noon-2.00pm Makan Tengah Hari
4.30-5pm Snacking
6.30pm-9pm Makan Malam

Antara waktu makan jangan makan apa-apa, penuhkan dengan aktiviti dan  minum air /air kosong sahaja.

Jadikan setiap slot makan itu sebagai REWARD untuk diri ANDA dan AHLI KELUARGA kerana BERJAYA MENAHAN NAFSU MAKAN sebelum waktu makan yang telah dijadualkan.

Melalui pengalaman saya sendiri, THE FIRST WEEK IS THE HARDESTMINGGU PERTAMA KITA MEMULAKAN TABIAT BARU adalah jangkamasa waktu yang paling SUSAH.

Sebab badan sedang cuba ADJUST untuk CIPTA NEW HABIT. Bunuh rasa CRAVING dengan MINUM AIR antara waktu makan. Masuk MINGGU KE-2 , inshallah sudah OK.

Gunakan tempoh “Cuti” semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2 minggu ini sebagai peluang terbaik untuk mendidik ahli keluarga dan anak-anak supaya MAKAN BERJADUAL.

Ia adalah satu usaha mencipta TABIAT BARU yang amat-amat berguna kepada KESIHATAN TUBUH BADAN!

Sekian perkongsian.  Selamat Berazam!

Puan Hend,
Nuherba.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − three =