Angina – Simptom Penyakit Jantung Koronari

APA ITU ANGINA
Angina adalah sakit dada atau ketidakselesaan disebabkan
otot jantung tidak mendapat aliran darah yang kaya dengan oksigen yang cukup.

Mereka yang mengalami angina merasa tekanan atau rasa ketat
pada dada. Ketidakselesaan juga boleh berlaku pada bahu, lengan,
leher, rahang atau belakang. Kesakitan boleh terasa seolah ketidakhadaman.

Angina bukanlah penyakit. Ia adalah simptom kepada penyakit jantung koronari.
Atau dipanggil CHD (Coronary heart disease).

Angina biasanya berlaku akibat penyempitan atau halangan pada saluran darah arteri
koronari.

Angina juga merupakan simptom koronari mikrovaskular disease (MVD).
Iaitu masalah jantung yang disebabkan oleh gangguan aliran darah
pada koronari arteri yang paling kecil pada jantung.

GOLONGAN BERISIKO MENDAPAT ANGINA
Anda berisiko mendapat angina akibat faktor-faktor berikut.

1. Tahap kolesterol tinggi
2. Darah Tinggi
3. Merokok
4. Diabetes
5. Obesiti
6. Kurang bersenam
7. Pemakanan tidak sihat
8. Umur – Lelaki berumur 45 tahun keatas, dan wanita berumur 55 tahun ke atas
berisiko mendapat angina.
9. Sejarah keluarga yang ada masalah jantung

BERJUMPA DENGAN DOKTOR ANDA
Berjumpa dengan doktor sekiranya anda ada mengalami simptom agina.
Ia penting supaya doktor dapat mengesahkan dan mengambil langkah rawatan yang betul.

CARA MENGELAKKAN ANGINA
Kebanyakan sumbatan pada aliran darah adalah disebabkan oleh plak kolesterol yang tersumbat. Cara terbaik mengelak angina adalah dengan mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.

Untuk mengetahui cara berkesan menyingkir plak kolesterol pada salur darah dan seterusnya mengelakkan angina , klik sini.

Puan Hend
Nuherba.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − 4 =