5 Manfaat Urutan Badan – Lancarkan Aliran darah

Urutan merupakan suatu terapi alternatif yang diamalkan sejak dahulu hingga kini untuk melegakan keletihan dan kelesuan tubuh badan.  Ia boleh membantu melancarkan aliran darah, melegakan stress, mengurangkan tekanan, meningkatkan kualiti tidur juga membantu memulihkan mereka yang mengalami kecederaan kerana bersukan dan seumpamanya.

Berikut adalah 5 Manfaat Utama Terapi Urutan.

1.Urutan membantu merehatkan otot atau “Relaxing”
Bila badan berada dalam tekanan atau stress, ia akan meningkatkan paras hormon tidak baik dipanggil “cortisol” yang boleh mengakibat kenaikan berat badan,masalah tidur, masalah penghadaman dan pening kepala. Terapi urutan boleh membantu mengurangkan paras “cortisol” di dalam badan seterusnya membantu badan untuk memasuki fasa pemulihan supaya sistem badan menjadi stabil.

2. Mengurangkan stress
Terapi urutan bukan sahaja mengurangkan stress, tetapi terapi urutan yang dilakukan              secara   konsisten dapat membantu meningkatkan tenaga, kurangkan kesakitan serta           membantu  kekuatan fizikal serta emosi seseorang.

3. Membantu menurunkan tekanan darah
Terapi urutan yang konsisten dapat membantu menstabilkan tekanan darah. Dengan          penurunan paras cortisol ia membantu mengawal perasaan keresahan (anxiety),                      tekanan dan depressi.  Tekanan darah yang stabil juga mengurangkan risiko masalah        jantung dan  strok.

4. Merehatkan otot
Tujuan terapi urutan adalah untuk memulihkan kesakitan pada badan yang disebabkan      oleh otot yang tegang, meningkatkan fleksibiliti, merehatkan otot yang tegang dan            melancarkan aliran darah kepada otot yang tegang atau cedera. Terapi urutan juga              membantu menghasilkan hormon “endorphins” yang membantu mengawal kesakitan dan        menenangkan sistem saraf.

5. Ia membantu meningkatkan kelancaran aliran darah
Kesan terapi urutan yang dilakukan secara konsisten dalam   meningkatan kelancaran aliran darah merupakan satu manfaat jangka panjang yang tidak boleh dipandang remeh. Kelancaran aliran darah yang baik membawakan oksigen dan nutrien yang secukupnya kepada otot yang tegang serta tisu yang rosak untuk membantu pemulihan serta secara keseluruhan membantu sistem organ dalam badan berfungsi secara optimum.

Kelancaran aliran darah adalah penting untuk organ badan berfungsi secara optimum seterusnya mengekalkan tahap kesihatan. Antara punca lain yang menganggu kelancaran aliran darah adalah kehadiran plak kolesterol pada dinding salur darah. 

Klik sini untuk ketahui punca kehadiran plak kolesterol dalam salur darah serta  cara singkir plak kolesterol serta cara melancarkan pengaliran darah dengan berkesan dengan penggunaan Herba Tradisional.

Puan Hend,
www.nuherba.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 4 =